Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang no. 1 Malaysia untuk satu lagi inisiatif baharu, Durian E-Fiesta, sebagai bukti komitmen terhadap agenda digitalisasi dan e-dagangnya. Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA berkata, “Ketika wabak Covid-19 di Malaysia berada di puncaknya pada bulan Mac lalu, ia telah memberikan kejutan kepada seluruh negara dan pelbagai sektor termasuk sektor pertanian yang tidak terkecuali. Sebelum ini, tiada siapa yang menjangkakan bahawa mereka dapat menjual hasil segar dan sejuk beku secara atas talian, tetapi wabak ini telah mendorong banyak pihak termasuk para petani untuk meneroka penjualan atas talian buat julung kalinya. Langkah ini juga selari dengan harapan YAB Perdana Menteri agar sektor perniagaan dalam bidang e-dagang di pertingkatkan dan menjadikannya satu trend baharu urusniaga. Oleh demikian, kami bekerjasama dengan Shopee demi memberi lebih banyak insentif kepada se
Ulasan