Sajak - Sepi Seorang Diri

Seringkali aku terfikir,
Apa aku buat hari ini,
Apa aku renungkan acapkali,
Apa aku bimbangkan dalam hati.

Sedih aku tak siapa yang tahu,
Gusar aku tak juga berlalu,
Bimbang aku benda yang satu,
Semoga Allah sembuhkan luka hatiku.

Banyak benda aku ingin luahkan,
Namun banyak perkara aku perlu fikirkan,
Hatiku ini juga punya perasaan,
Semoga aku tidak terbuai angan.

Aku juga manusia biasa,
Adakala hati tidak ceria,
Rasa juga kekadang meronta,
Semoga Allah pulihkan segalanya.

Segala aku buat serba tak kena,
Apa juga rasa tak sempurna,
Dalam diam aku sering merana,
Adakah kerana dosa aku sirna.

Seringkali aku berdoa,
Semoga temui jalan kebenaran,
Agar hatiku yang tidak keruan,
Kembali tenang bertemu Tuhan.


amirnawawi, 9.30 malam, 21/7/2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip-Tips Pengucapan Awam

FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama