Nak Kahwin!! Tips untuk si Suami
ni gambar tepak sireh ye kekawan.. Ok la kawan-kawan sekalian, hari tu aku ade cerita tentang aku pergi kursus kahwin kan. Ari ni aku nak kongsi sket input2 yang aku dapat semasa pergi kursus tu.. Tips ni untuk lelaki yang bernama suami je. Yang belum kahwin tu jangan gatal2 nak amalkan ngan aweks plak. Xelok tau..hu3.. Mari kita tegok ape tips2 untuk mengatasi kriis rumahtangga bagi memastikan mahligai yang dibina kekal selamanya. 1. Tunaikan tanggungjawab dan peranan yang sebenarnya kepada isteri. 2. Layanlah isteri dengan baik dan lembut. 3. Hindarkan kritikan, sindiran, ugutan dan kekerasan terhadap isteri. 4. Berikan pujian dan penghargaan kepada isteri. 5. Keraplah bekerjasama dengan isteri unntuk memajukan dan meningkatkan rumahtangga. 6. Bawalah berbincang dengan isteri walaupun masalah itu kecil. 7. Berikan isteri perasaan aman, tenteram, selesa dan selamat. 8, Memahami perubahan hat i nur...