I LIGHT U

I Light U. itulah tajuk yang diberikan untuk menyertai giveaway yang dianjurkan oleh eqbalzack.com.
I light you ataupom dalam bahasa melayunya bermaksud aku menyinari kamu. Ayat ini memang sesuai untuk mengambarkan perihal seorang guru. Guru memang tugas hakiki mereka adalah untuk membawa seorang pelajar dari lembah kegelapan kepada cahaya yang menyinari hidup para pelajar. Memang sekarang kita tau bahawasanya tugas guru ini bukannya mudah kerana terpaksa berhadapan dengah pelbagai mehnah ujian sepanjang medidik anak bangsa ini. Tugas membari cahaya bukannya mudah dengan zaman penuh pancaroba sekarang ini. Tambah-tambah keadaan remaja zaman sekarang yang agak 'hyperactive' berbanding dulu.

Namun halangan dan dugaan itu menjadikan para guru ini semakin cekal untuk mengubah nasib para pelajar mereka kepada masa depan yang lebih cerah. Kerana hanya dengan ilmu sahaja mereka dapat menjadikan para pelajar ini insan yang berguna di masa akan datang. Cahaya bukannya hanya datang dari lilin atau lampu sahaja namun aspeknya lebih luas lagi iaitu masa depan yang cerah. Oleh itu ayat yang memang sesuai diucapkan oleh guru kepada para pelajarnya ialah "I Light U".

Guru itu amatlah mulia,
Mendidik bangsa supaya berjaya,
Dalam kegelapan datanglah ia,
Membawa pelajar ke arah cahaya.

' I light U'.......Guru, kau lah sumber cahaya hidupku..

saya nak tag kawan saya untuk giveaway ini ialah

Ulasan

eqbalzack berkata…
salam..
terima kasih join GA abg eq..
entry ni abg eq dah linkkan kat blog...
Santan Berlada berkata…
gud luck....
ak pon ikot juga... ^^
mas saari berkata…
good luck!
follow blog awak..

Catatan popular daripada blog ini

Tip-Tips Pengucapan Awam

Persis (Rakan Siswa)