KR1M: Apa Kata Anda?

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang terbaru untuk mengurangkan bebanan para penduduk Malaysia. Idea pengasasannya di cetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. KR1M yang pertama diwujudkan di stesen LRT Kelana Jaya. Tujuan utama diwujudkan di stesen LRT ini kerana di sini merupakan tempat tumpuan orang ramai yang berulang-alik dari tempat kerja ke rumah masing-masing. Orang ramai boleh membeli barangan keperluan mereka seusai mereka pulang berkerja. Tidak perlu lagi memikirkan untuk singgah di mana-mana pasaraya lain kerana semua keperluan rumah tersedia di KR1M ini. Ini memudahlan urusan warga kota yang sibuk bekerja. Tujuan utama penubuhan KR1M adalah untuk mengurangkan perbelanjaan harian warga kota. Umum mengetahui yang kos sara hidup sekarang sudah meningkat seiring dengan peredaran zaman. Jadi melalui penubuhan KR1M ini diharapkan dapat mengurangkan bebanan rakyat dalam perbelanjaan harian. Selain i...