KR1M: Apa Kata Anda?


Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang terbaru untuk mengurangkan bebanan para penduduk Malaysia. Idea pengasasannya di cetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

KR1M yang pertama diwujudkan di stesen LRT Kelana Jaya. Tujuan utama diwujudkan di stesen LRT ini kerana di sini merupakan tempat tumpuan orang ramai yang berulang-alik dari tempat kerja ke rumah masing-masing. Orang ramai boleh membeli barangan keperluan mereka seusai mereka pulang berkerja. Tidak perlu lagi memikirkan untuk singgah di mana-mana pasaraya lain kerana semua keperluan rumah tersedia di KR1M ini. Ini memudahlan urusan warga kota yang sibuk bekerja.

Tujuan utama penubuhan KR1M adalah untuk mengurangkan perbelanjaan harian warga kota. Umum mengetahui yang kos sara hidup sekarang sudah meningkat seiring dengan peredaran zaman. Jadi melalui penubuhan KR1M ini diharapkan dapat mengurangkan bebanan rakyat dalam perbelanjaan harian. Selain itu juga, penubuhan KR1M adalah untuk mengawal selia harga barangan yang ada dipasaran bagi memastikan harga yang dibekalkan kepada rakyat berpatutan. Ini adalah untuk mengelakkan dari peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati mereka.

Melalui penubuhan KR1M juga dapat membantu usahawan Bumiputera dalam memasarkan produk keluaran mereka. Umum mengetahui yang ramai usahawan Bumiputera yang mempunyai produk melalui program Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Namun apa yang menjadi sedikit masalah ialah untuk memasarkan produk hasil keluaran mereka. Jadi dengan adanya KR1M ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan-usahawan bumiputera ini memasarkan produk keluaran mereka.


Namun disebalik kewujudan KR1M ini, terdapat juga kesan tidak elok yangberlaku. Dikhabarkan bahawa KR1M ini mengurangkan kebergantungan penduduk kepada kedai runcit setempat. Memandangkan harga yang ditawarkan di KR1M adalah jauh lebih murah, jadi kebanyakkan pengguna mula mengerumuni KR1M berbanding kedai runcit biasa di kampung-kampung. Ini secara tidak langsung merosotkan peniagaan peruncit di kampong-kampung ini. Namun bagi pandangan peribadi saya, melalui penubuhan KR1M ini secara tidak langsung mewujudkan satu persaingan sihat antara peruncit serta KR1M. Mereka saling berlumba-lumba untuk memberikan servis serta produk yang terbaik kepada pengguna.  Jadi tidak menjadi masalah besar akan pekara sebegini untuk dibangkitkan.

Pada awal penubuhan KR1M ini, pelbagai spekulasi dan khabar angin timbul yang mengatakan kualiti barangan yang disediakan tidak memuaskan. Namun pelbagai kajian dilakukan bagi memastikan yang semua produk yang dijual menepati piawaian yang ditetapkan untuk kegunaan orang ramai. Kualiti dan kuantiti dipertingkatana bagi memastikan kepuasan para pengguna semua. Mungkin kelompongan dalam sesetengah aspek perlu diperbaiki segera agar khidmat yang diberikan dapat memuaskan hati pengguna. Para pengguna yang mempunyai sebarang cadangan dan masalah juga perlulah membuat aduan melaui saluran yang betul. 
Tidak perlulah melalak tidak tentu arah yang akhirnya tidak memberi sebarang kebaikan bersama.


Sedikit video temuramah pelanggan KR1M oleh Krew Apa Kata rakyat (AKaR)


Pada pandangan peribadi saya, penubuhan KR1M ini adalah satu usaha kerajaan yang tulus ikhlas bagi membantu penduduk Malaysia sekarang yang menghadapi kenaikkan harga barangan. Mungkin dengan usaha sebegini dapat menolong sedikit sebanyak mengurangkan bebanan rakyat. Terima kasih kerajaan Malaysia atas usaha untuk membantu rakyat ini. Usaha sebegini sepatutnya disokong oleh semua rakyat di Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideology politik. Tidak salah rasanya untuk bersama-sama menikmati rezeki yang diberikan ini bersama-sama. Sesungguhnya syukur itu nikmat.

Contest Entry Terbaik – KR1M : Apa Kata Anda ini dibawakan oleh WootMedia Network dan ditaja oleh Portal Berita MyNewsHub

Nota Kaki: Harap setiap rakyat Malaysia mengambil manfaat daripada kewujudan KR1M ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip-Tips Pengucapan Awam

FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama