Home » , , » Segmen- Kenangan Zaman sekolah Menengah..

Segmen- Kenangan Zaman sekolah Menengah..

Written By amirnawawi on Rabu, 23 Mac 2011 | 8:24 PG

a) subjek yang paling korang suka?
Subjek Matematik Moden
b) subjek yang paling korang tak suka?
Kimia (tapi sekrang aku ambik Kejuruteraan KIMIA kt uni ni)
c) cikgu kesayangan korang? kenapa korang sayang dia?
Cikgu Syafura sebab dia jadi cikgu homeroom aku and sanagt sporting 
d) apa kenangan yang paling korang tak boleh lupakan masa zaman sekolah dulu..?
Kena rotan..First time dalam hidup (baca dlm  cherita kt bawah..keh3) 
e) apa nasihat korang pada budak2 sekolah zaman sekarang ni...?
Belajar leklok, bila dah besar dapat kerja sedap and dapat gaji mahal (nasihat mak aku biasa kasi)


Ceritenya kat bawah ni ea...
Ni merupakan kesinambungan daripada cerita lepas tau.. sape2 yang tak baca lagi post yang lepas, klik kat sini.
ok, let continue our journey to my secondary school.. lepas kegembiraan gua dapat 5A masa UPSR aritu, mak gua suh la gua apply masuk MRSM.. then gua cakap kat mak gua,
"gedio MRSM tu Ma?".. maksudnyer Mrsm tu ape ibu?.. chewah.. sopan giler kalau bahasa kelantan dibakukan yak..he3.
Jawapan mak gua,"MRSM tu sekolah berasrama penuh bawah MARA".
"MARA tu apa plak. mara tu maju kedepan kan?"tanya gua.'
Ni logo MRSM Se-Malaysia
Jawab mak gua plak," byak tanya plak budak ni. Isi je borang tu dulu".
seriousla, masa gua tamat darjah 6 tu gua memang xtau apa tu mrsm.. dengar pom tidak. yang aku tau sekolah asrama penuh.. tu pom sekolah menengah Sains Machang tu jiran sekolah rendah aku.. selalu gak aku cilok masuk sekolah sains tu ...kih3..back to story,
Nak tunjuk yang gua ni selalu lambat dari yang lain la.. orang lain dah bersiap sedia isi borang and pos dh.. tapi gua still maintain slow..kih3.. last2 minit tu kerja gua la..Last2 aku isi la jugak.. bincang nga keluarga nak masuk MRSM mana. Then we decide pergi kat Jeli sebab tu je yang MRSM yang dalam Kelantan yang parlimennye dipegang oleh menteri.. Datuk Mustapa Muhammad.. tapi xbermakna family aku ni orang BN ye..keh3..orang PAS ke kami?? erm, xtau la..hik3.. maka dengan rasminya, dapatlah aku menjejakkan kaki buat kali pertamanya ke MRSM Jeli..tanggal 24 Februari 2004, terciptalah sejarah peribadi dalam hidup aku..
ok let start our story at primary school...
aku sebelum datang ke Jeli ni, macam2 versi cerita yang aku dengar, tempat jin bertendang lah, tempat singa mengaum la, tempat harimau menerkam la.. macam2 cerita yang negatif aku dengar.. tapi aku ni xkesah ape pom sebab aku memang xpeduli ape2 cerita.. maka bermulalah kisahku di sekolah menengah.. banyak kisah yang terjadi masa aku di sana.. dari yang horror, yang lucu, yang sedih, marah geram dah seribu bahasa lagi untuk mengambarkannya.. tapi yang aku xboleh nak lupa is when first time aku kena rotan..
ni cerita untuk kita2 je tau. jgn kasi kantoi sama parent aku.. lagi teruk aku kena kalau dapat tahun ni..
contoh je ni..
orang yang pertama rotan aku ialah Ustaz Zabidi Abdul Samad.. kisahnyer bermula masa waktu Subuh.. kami kena pergi Surau pada waktu Subuh tapi pada hari tersebut tidak semena-mena aku terlewat bangun.. Ustaz ni memang selalu buat checking dengan rotannye. agak besar la rotan tu. aku bila je terdengar suara dia, terus je bangun.. wah!! tanpa sempat aku buat apa2. sebatang rotan telah hinggap ke betis ku.. sakit tidak terhingga wa cakap sama lu. cuba korang suruh kawan korang rotan korang, mesti korang akan rasa apa yang aku rasa.. pedih tidak terhingga!!. tu la rotan yang pertama singgah di tubuhku.. tapi satu perkataan je aku nk ucap kat Ustaz ni(kalau beliau baca la), "Terima Kasih". sebab bagi aku kesedaran.. bayangkan rotan yang ustaz ni kasi kat aku pom aku rasa amat pedih, apatah lagi kalau kat akhirat sana nanti.. This moment menyebabkan aku takut untuk meninggalkan solat.( parut kat betis aku sampai sekarang ada lagi..).. Bayangan betapa sukarnya untuk bangun subuh, dengan godaan katil yang empuk, mata yang sentiasa tertutup rapat menyukarkan lagi untuk melaksanakan rukun Islam ini, namun aku senantiasa letakkan dalam hati aku pengalaman yang lepas yakni masa kena rotan tu senantiasa menyebabkan aku melawan perasaan malas itu.. tak tertanggup rasanya balasan kat akhirat kalau tinggal solat nih kalau kat dunia ni pom kena rotan sebegitu sakit rasanya.. hukuman kat akhirat lagi pedih kat??..hu3..just remembering myself.. Sekali lagi, thanks ustaz. Nasib baik mak aku xtau, kalau x, lagi banyak la rotan singgah kat tubuh aku ni..he3.. banyak lagi sebenarnya aku nak cerita tentang zaman persekolahan ni.. malam sudah larut ni (12.17 p.m), aku kena chow dulu lah.. mau tidor awal. kan xpepasal ada plak rotan yang singgah kt betis aku kalau bangun lewat..he3.. tapi zaman sekolah menengah la paling best sebab dapt brsama nga kekawan semua.. Rindu bebenar zaman ni..
SHARE

About amirnawawi

4 ulasan :

Nour Akmal berkata...

thanks join..=)
mcm ne la sbjk yg awk tak suka blh jd sbjk awk kat u ek..huhu..=)
tkt la tgk pic rotan tu..huhu

Nour Akmal berkata...

entry untuk yg join segmen sy dh siap..jom baca..

MiSzy DiaN berkata...

salam singgah cni..
wahh minat add math..
perghh mesti terer ni kan.. hehe..
btw.. nice blog..
:)

nawasari berkata...

ha3..tu la.. Balasan untuk selalu ponteng kelas kimia dulu..sekrang dpt subjek kimia plak as core subjek kat u.. Saya xminat sangt add math tpi minat math moden sebab selalu dapat A..he3