Home » , » Tip-Tips Pengucapan Awam

Tip-Tips Pengucapan Awam

Written By amirnawawi on Rabu, 23 Februari 2011 | 7:56 PTG


Cuba bayangkan yang anda sedang berucap...

Assalamualaikum, ape khabar anda semua hari ini? semoga sihat sejahtera hendaknya. InsyaAllah hari ini saya akan berkongsi sedikit ilmu yang sata perolehi semalam melalui seminar pengucapan awam yang dianjurkan pihak universiti tempat saya belajar. Seminar ini diadakan untuk mendedahkan teknik pengucapan awam yang berkesan kepada calon2 Majlis Perwakilan Mahasiswa. tapi saya bukanlah calon, saya hanya pemerhati bebas dan berkecuali..he3. Ape ilmu yang saya perolehi dalam seminar ini amatlah berguna untuk kita praktikkan bila berhadapan dengan orang ramai. Tak mudah untuk kita berucap dan menyakinkan pendengar dengan apa yang kita cakap. lihat sebagai contoh pabila ahli politik berbicara, nampak ucapan bersahaja namun penuh makna dan para pendengar akan khusyuk atau asyik mendengarnya. Pengucapan awam bukanlah satu bakat semulajadi yang tersedia ada dalam diri kita namun ianya perlu diasah dan digilap untuk menjadi seorang perucap yang berkesan. Berucap juga merupakan satu seni kerana pelbagai lenggok bahasa, intonasi ,bahas badan dan lain-lain kepakaran dioerlukan untuk menjadikan ucapan kita mudah untuk difahami dan didengari oleh para pendengar. Agak panjang nampaknya pengenlan kita untuk hari ini.. he3.. baiklah sekarang moh kita bergerak ke tip-tip untuk pengucapan awam yang baik, kesalahan dalam pengucapan awam, kaedah bahasa badan dan ape yang kita perlu waspada ketika berucap. Ok, lets move on.

TIP-TIPS PENTING:

  1. Ketahui tajuk atau sumber
  2. Praktis
  3. Kenali audiens
  4. Kenali lokasi
  5. Rileks
  6. Visualisasi dan imaginasi
  7. Motivasi diri
  8. Jangan mempamerkan kelemahan diri
  9. Fokus kepada mesej
  10. Timba pengalaman
Dan berikut pula adalah kesalahan yang biasanya dilakukan ketika anda berucap

  1. Permulaan yang hambar
  2. Tiada keaslian gaya
  3. gagal menghidupkan suasana
  4. Mempamerkan tekanan
  5. Tiada ketulinan idea
  6. Tiada semangat
  7. Mengakhiri ucapan dengan soalan atau jawapan
  8. Tiada persediaan
  9. Gagal memahami bahawa pengucapan awam adalah satu kemahiran
Penggunaan bahasa badan yang sesuai

Keadah Pergerakan Badan
  1. Kontak mata
  2. Senyum
  3. Gaya yang menyakinkan
  4. Ekspresi emosi melalui raut wajah
  5. hindari perbuatan yang menjengkelkan
  6. Pelbagaikan pergerakan
Waspada bila berucap

  1. Jangan hilang keyakinan
  2. Jaga maruah
  3. Jangan menyerah kepada keadaan
  4. Kreatif mencari altenatif
  5. Jangan mengungkit
  6. Cuba bergerak





Itulah serba sedikit ilmu yang saya perolehi semalam. Namun ianya cukup ringkas. untuk mengetahui lebih mendalam huraian setiap butiran bolehlah menanya saya diruangan komen dibawah.  Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita bersama. Terima kasih.

SHARE

About amirnawawi

0 ulasan :